ASUS ROG Phone adalah gaming phone Android pertama yang tercipta. Mula dilancarkan pada 2018, fon ini memberikan impak positif terhadap dunia mobile gaming. Dengan rekaan yang ganas lagi ekstrem, ASUS ROG Phone mengubah lanskap rekaan fon yang dilihat biasa-biasa sahaja.
Seperti biasa, ASUS ROG Phone menawarkan ciri-ciri gaming yang tidak terdapat pada fon biasa. Ciri-ciri gaming tersebut adalah X-Mode, iaitu perisian untuk pengoptimasian gaming yang lebih lancar. Lampu RGB pada panel belakang juga menampilkan kelainan, dan kelihatan ekstrem. Fon ini juga hadir dengan pembesar suara yang amat mantap, supaya aktiviti gaming dapat dijalankan tetap seronok meskipun earphone tidak dipakai.
Setelah generasi pertama ROG Phone dilancarkan, ROG Phone II pula hadir dengan konsep yang sama, dan spesifikasi yang seiring dengan peredaran zaman. Fon ini diteruskan legasinya memandangkan permintaan terhadap gaming phone dilihat menggalakkan, tambahan pula terdapat banyak permainan video bergrafik tinggi semakin banyak dihasilkan untuk peranti-peranti Android.
ROG Phone tidak terhenti setakat itu. Tahun berikutnya, ROG Phone 3 dilancarkan, dan tahun ini ROG Phone 5 pula bakal membuat kemunculan. Tapi, kenapa tiada ROG Phone 4, dan terus melangkau ke nombor 5? Seperti biasa, ASUS adalah syarikat dari Taiwan, yang orang di dalamnya berbangsa Cina dan percaya pada amalan fengshui. Menurut fengshui, nombor 4 adalah nombor kematian. Maka, sebab itulah nombor 4 terus dilangkau ke nombor 5.
Menurut sumber dari GSMArena, ASUS ROG Phone 5 bakal dimuatkan dengan bateri sebesar 6000mAh, yang mana 6000mAh ini merangkumi dwi-sel bateri. Untuk memenuhkan bateri 6000mAh ini, fon ini menggunakan pengecas pantas 65W. Dari segi cip pemproses, sudah tentulah fon ini menggunakan cip pemproses paling berkuasa untuk peranti Android, iaitu Snapdragon 888. Dari segi skrin pula, ROG Phone 5 dijangka akan menggunakan panel AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz yang beresolusi QHD+.
Setakat ini, masih belum muncul berita daripada ASUS tentang tarikh pelancaran ASUS ROG Phone 5 ini. Seperti sebelum ini, ASUS ROG Phone dilancarkan sekitar bulan Julai pada setiap tahun.