Sejak Donald Trump mengemudi kepimpinan Amerika Syarikat (AS) , beliau bersifat keras terhadap banyak syarikat China dengan melalukan sekatan dagangan. Syarikat-syarikat tersebut disenaraikan di dalam Entity Lists, yang mana syarikat yang tersenarai di dalam Entity Lists ini dihalang untuk melakukan sebarang urusan dengan syarikat yang berpengkalan di AS dan syarikat yang menggunakan teknologi AS.
Paling popular adalah kes Huawei, yang mana syarikat gergasi telekomunikasi ini tidak dibenarkan untuk menggunakan Google, dan menerima bekalan daripada syarikat yang berpengkalan di AS.
Terbaru, satu lagi syarikat dari China turut disenaraikan di dalam Entity Lists. Syarikat tersebut adalah DJI, sebuah jenama yang cukup terkenal dengan drone dan fotografi udara.
DJI dikatakan telah melanggar hak asasi manusia, apabila mereka telah membekalkan drone untuk kerajaan China di wilayah Xinjiang untuk memerhati dan mengawal keadaan di kem tahanan yang menempatkan 1 juta muslim Uyghur di sana.
Dalam kenyataan rasmi DJI, mereka bersedih dengan situasa di AS, dan berkata jualan drone di AS masih dijalankan seperti biasa dalam tempoh terdekat ini.