OPPO adalah sebuah jenama dari China menghasilkan fon-fon yang menarik, meskipun perisian ColorOS tidak begitu digemari oleh kebanyakan peminat gajet.
OPPO Find X misalnya, sebuah fon yang tidak mempunyai bezel dan memaparkan skrin penuh. Kamera swafoto ‘disorokkan’ pada belakang fon. Untuk mengambil gambar swafoto, fon perlu ditolak ke atas, supaya kamera swafoto dapat digunakan.
Kini, OPPO x nendo hadir dengan konsep ‘slide phone’, atau secara literal disebut sebagai ‘fon yang boleh diluncur’. Hakikatnya, fon ini bukanlah diluncur, sebaliknya boleh dilipat pada pelbagai sudut. Fon ini boleh dilipat, dengan keberadaan 3 engsel pada paksi-X, lantas membolehkan fon ini dilipat mengikut 7 saiz berbeza.
7 saiz berbeza ini membolehkan pengguna menggunakan fon mengikut kesesuaian tugas yang dijalankan mengikut masa-masa tertentu. Dan semestinya, boleh dilipat sekecil-kecilnya bagi menjimatkan ruang di dalam poket.
Bagi menghasilkan fon konsep seperti OPPO X nendo ini, OPPO telah bekerjasama dengan firma rekaan dari Jepun, iaitu nendo. nendo merupakan syarikat dari Jepun yang diasaskan oleh Sato Oki pada tahun 2002, yang melakukan kerja-kerja rekaan secara global.
Setelah Samsung memperkenal fon lipat mereka — Samsung Galaxy Fold, nampaknya masa depan fon boleh dilipat dilihat semakin cerah, dan bakal menjadi satu trend dan keperluan pada beberapa tahun mendatang. Dan semestinya, seawal konsep ini diperkenal, kosnya amat tinggi.